ANDAI KAU TAU


Andainya kamu tahu..Apabila saya jatuh cinta, perempuan itu tidak semestinya punya segalanya tetapi perempuan itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya kamu tahu..Apabila saya mengalirkan air mata, itu bukan saya lemah, tetapi saya mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai kamu. Andainya kamu tahu.. Apabila saya marah, memang saya tidak mampu mengawali perasaanku tapi percayalah, itulah maknanya saya sangat menyayangi kamu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertengkaran yang berlaku. Andainya kamu tahu.. Apabila saya bicara banyak, saya tidak pernah bermaksud untuk membuat kamu rimas, tapi saya mahu kamu mengenaliku dengan lebih dekat.

Andainya kamu tahu.. Apabila saya mahu kamu anda berubah, itu bukan bermakna saya tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi saya mahu menjadikan kamu lebih baik, bukan untuk diriku, tetapi untuk masa depan kamu.

Andai kamu tahu.. Apabila saya cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna saya tidak sayang, tetapi saya terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 saya terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluriku sangat kuat. saya hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.

Andai kamu tahu.. Apabila saya merajuk, jangan kata saya mengada-ngada. saya bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat saya merasa dihargai.

Andai kamu tahu.. Apabila saya jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud saya tidak menyintai tetapi saya mahu kamu itu merasai sendiri cintaku, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhku.

Andai kamu tahu.. Apabila saya berkata rindu sama kamu, saya benar-benar bermaksud begitu Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai kamu tahu.. Apabila saya berkata perempuan  lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana saya hanya mahu menguji kamu. Saya mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di mataku. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatiku Selagi saya dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih banyak yang lebih baik di mataku tetapi di hatiku, kamu tetap yang terbaik.

Andai kamu tahu.. Apabila saya menjadi nakal, saya bukan bermaksud untuk menjadi naka; tapi saya mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar, jangan terkejut kalau akhirnya saya menukar fikiranku dalam masa sesaat.

Andai kamu tahu.. Apabila saya berkata, “tolong tinggalkan saya!”, saya tidak bermaksud menyuruh kamu pergi selamanya. Saya hanya mahu menenangkan fikiran sebentar saja. Apabila saya kembali tenang, percayalah saya akan mencari kamu.

Andai kamu tahu.. Sesungguhnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya kita saling memahami, kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Karena Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di balik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi saya sangat menghargai kehadiran seorang perempuan dalam hidupku kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong saya dan membuat hidup saya lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan shaleha, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anakku.

Ditulis Oleh : Unknown // Minggu, April 24, 2011
Kategori:

0 komentar:

 
Diberdayakan oleh Blogger.